BERKELAHI DENGAN SYAITAN PDF

Lipan Bara Di Bawah Mayat Saya juga ikut berjemaah dengan dua tiga orang kawan, kerana Tok Aji memang menunaikan solatnya di madarasah. Disebabkan hujan turun dengan lebat, Tok Aji tidak terus balik ke rumahnya yang dipisahkan oleh halaman saja dari madarasah tersebut. Tok Aji berbaring saja di tengah madarasah sambil melanggung tangan ke kepala. Ketika ini saya sudah berumur 13 tahun, memang suka benar berdamping dengan Tok Aji. Dia pula akan bercerita tentang pengalamannya semasa di Sumatera iaitu kampung halamannya.

Author:Grorn Tar
Country:Benin
Language:English (Spanish)
Genre:Relationship
Published (Last):20 August 2015
Pages:492
PDF File Size:12.52 Mb
ePub File Size:1.15 Mb
ISBN:704-7-59728-197-6
Downloads:84228
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Keran



Di Lamar Bunian Nenek selalu mengingatkan saya supaya berhati-hati menuntut ilmu kebatinan. Pesan Nenek, kalau tersalah tuntut akan membahayakan diri sendiri. Pernah Juga Nenek bercerita tentang orang-orang yang memelihara hantu akan mencari kesempatan menurunkan hantu berkenaan kepada sesiapa yang mahu menuntut ilmu kepadanya.

Orang seperti ini akan menurunkan hantu tersebut kepada kau secara tidak kau sedari, kalau tidak berhati-hati menuntut ilmu…. Nenek saya telah meninggal dunia dalam tahun ketika berumur lebih 70 tahun. Dia seorang bidan dan dukun yang terkenal di kampung saya. Tetapi di akhir-akhir hayatnya dia tidak mahu lagi meneruskan kerja-kerja menjadi bidan-bidan kampung itu.

Kadangkala kalau saya terkehel pun dia mengurutnya, kerana alasannya dia tidak mahu dimakan sumpah. Apakah sumpahnya itu tidaklah saya ketahui. Tetapi pernah juga Nenek berceritakan tentang sepupunya yang tiba-tiba hilang ketika sedang mencari kayu api di kebun getah pinggir kampung.

Cerita mengenai sepupu Nenek ia itu Nenek Ngah saya ini hilang memang saya masih ingat. Kisahnya berlaku semasa saya berumur enam tahun iaitu kira-kira dalam tahun Masa ini kampung saya di Pahang sama juga seperti lain-lain negeri di Tanah Melayu adalah dalam keadaan darurat.

Perintah berkurung di kenakan dari jam 6 petang hingga 6 pagi kalau ikut waktu sekarang ialah jam 5. Orang-orang kampung selalunya diganggu oleh pengganas-pengganas komunis. Satu petang kira-kira pukul 2. Jarang mereka pergi mencari kayu api seorang diri, kerana takutkan pengganas-pengganas komunis.

Mereka hanya pergi mencari kayu api di kawasan kebun getah berhampiran dengan kampung saja. Malah kalau dilaung dari tingkap rumah pun boleh kedengaran. Semasa mencari kayu api ini mereka semua berpecah, tetapi tidaklah berjauhan antara satu sama lain. Setelah masing-masing mendapat seberkas kayu api, mereka pun berkumpul semula. Ketika berkumpul inilah Nenek Ngah saya tidak kelihatan di mana.

Lama mereka menunggu Nenek Ngah Som, tetapi dia tidak juga muncul. Setelah hampir pukul enam petang, mereka pun merasa bertambah cemas. Mereka terpaksa pulang kerana takutkan perintah berkurung. Masa perintah berkurung ini pihak askar boleh menembak siapa saja kalau terserempak di kawasan pinggir kampung. Oleh itu mereka semua terpaksa balik untuk memberitahu ketua kampong mengenai Nenek Ngah Som yang hilang semasa mencari kayu api. Mereka bertambah bimbang kalau Nenek Ngah Som dilarikan oleh pengganas-pengganas komunis.

Berita tentang kehilangan Nenek Ngah Somini cepat saja diketahui oleh penduduk-penduduk kampung. Malam itu mereka semua berkumpul di rumah Nenek saya. Saya yang masih kecil juga ada sama-sama mendengar perbincangan mereka, tetapi saya tidaklah tahu sangat mengenai biji butirnya.

Saya duduk dekat dengan emak saya hanya terkebil-kebil mata saja mendengar perbincangan mereka itu. Di sebelah saya duduk Nenek saya. Serambi rumah Nenek saya itu sudah dipenuhi oleh orang-orang kampung. Saya nampak ayah saya memerhatikan Dukun Amid di hujung serambi sedang membakar kemenyan.

Selalunya kalau ada berlaku sakit atau kejadian-kejadian ganjil berlaku memang orang-orang kampung memanggil Dukun Amid. Dia akan membakar kemenyan serta menjampi serapah untuk menyembuhkan penyakit. Kadangkala dia menggunakan telur untuk menilik sesuatu penyakit itu.

Tetapi pada malam itu kelihatan Dukun Amid semacam tidak berupaya menilik ke mana hilangnya Nenek Ngah Som. Walaupun Nenek Ngah Som itu pangkat Nenek kepada saya, tetapi umurnya muda sedikit dari emak saya. Dia masih anak dara lagi ketika itu. Oleh itu orang-orang kampung menyangka dia dilarikan oleh pengganas Komunis. Mereka takut pengganas-pengganas komunis akan bertindak terhadap Nenek Ngah Som. Tidak lama sebelum itu ayah Nenek Ngah Som sendiri ditembak oleh pengganas komunis, semasa melintasi kebun getah di hulu kampung.

Senapang patah yang di galasnya juga dilarikan oleh pengganas-pengganas komunis itu. Dukun Amid menggeleng-geleng kepala, tetapi dia tidak terus memberi tahu apakah hasil dari tilikannya. Orang-orang kampung semua bersetuju dengan kata-kata Ketua Kampung itu. Mereka sepakat akan mencari Nenek Ngah Sompada keesokan paginya. Mencari Nenek Ngah Som juga bukanlah semudah menjengah jerat pelanduk di tengah hutan.

Ianya memerlukan petua-petua yang hanya diketahui oleh Dukun Amid. Bagaimanapun dia sendiri belum pasti sama ada petua-petuanya itu boleh berjaya atau tidak.

Ayah saya hanya mengangguk kepala saja. Setelah selesai berbincang, mereka semua tidak terus balik ke rumah masing-masing. Mereka bimbang juga fasal keadaan perintah berkurung tidak membenarkan siapa pun keluar waktu malam hari.

Bagaimana pun tidak lama kemudian Dukun Amid minta diri juga untuk balik ke rumah. Kalau berjalan di tengah kampung pada waktu malam, mereka tidaklah bimbang sangat.

Askar-askar yang berkawaljuga tidaklah masuk ke tengah kampung. Mereka berkawal di pinggir kampung saja. Saya tidaklah balik ke rumah, walaupun emak dan ayah saya balik juga. Rumah kami tidaklah jauh dari rumah Nenek saya, hanya bersebelahan saja. Saya tidur di runah Nenek, kerana selalu juga saya tidur di rumah Nenek. Saya suka mendengar Nenek bercerita sebelum kami melelapkan mata.

Sepupu saya juga suka mendengar cerita-cerita dari Nenek tentang pari-pari, kelembai dan lain-lain cerita orang tua-tua. Kadangkala ramai cucu-cucu Nenek ikut sama mendengar ceritanya. Boleh dikatakan sayalah yang paling gemar mendengar cerita-cerita Nenek.

Saya berharap Nenek akan bercerita lagi sebelum kami semua tidur pada malam itu. Ketika ini memang saya tidak tahu tentang kerungsingan Nenek.

Saya juga tidak tahu apa-apa tentang kehilangan Nenek Ngah Som itu. Hanya setelah saya dewasa barulah saya memahami perkara mengenai kehilangan Nenek Ngah Som itu. Ketika ini saya tidaklah tahu sangat tipu daya Nenek saya itu. Saya bersungguh-sungguh melelapkan mata agar cepat tidur, dengan harapan akan dapat mendengar cerita dari Nenek.

Dalam pada itulah saya terlena. Esoknya gempar pula kerana Nenek saya hilang dari rumah. Pagi-pagi apabila Mak Lang saya bangun tidur didapati Nenek tidak ada. Dia pergi melihatnya ke perigi, tetapi Nenek tidak juga kelihatan. Ayah saya mengesyaki Nenek sudah pergi mencari Nenek Ngah Som sejak malam lagi. Mereka menuju ke kebun getah di tempat yang dikatakan Nenek Ngah Som mencari kayu api. Kami juga percaya Nenek pergi ke situ. Sehingga tengah hari gerakan mencari Nenek Ngah Som dibuat tetapi tidak berhasil.

Seorang demi seorang mereka yang pergi mencari itu balik semula ke rumah. Akhirnya Dukun Amid juga balik dengan perasaan hampa. Kita-kira pukul empat petang barulah nampak Nenek balik ke rumah dalam keadaan letih lesu.

Tetapi saya lihat Nenek berseorangan saja. Tidak ada Nenek Ngah Som bersama. Walaupun saya masih kecil, namun kesibukan serta kegelisahan semua orang yang mencari Nenek Ngah Som itu terasa juga kepada saya. Kadangkala emak memarahi saya kalau saya cuba mendengar perbualan orang-orang itu.

Emak menyuruh saya masuk ke rumah cepat-cepat. Saya nampak orang ramai memapah Nenek naik ke atas rumah. Nenek masih kelihatan letih semasa sudah naik dan duduk di pangkal serambi. Mereka mendekati Nenek mahu mendengar mengenai cerita yanglebih lanjut. Setelahmeminta air segelas dari emak saya, barulah Nenek boleh bercerita. Apa yang Nenek ceritakan kepada orang-orangkampung ketikaitutidaklah saya ketahui sangat. Tetapi, apa yang saya tahu selepas itu mereka semua mengikut apa saja arahan Nenek.

Mereka pun tahu bahawa Nenek saya bukan saja seorang bidan, malah dia seorang Bomoh juga. Setelah Nenek kelihatan segar semula, Nenek turun semula bersama orang-orang kampung.

Kemudian hilangentah ke mana. Hampir senja barulah mereka semua balik ke rumah dengan mengusung Nenek Ngah Som. Beberapa tahun dulu sebelum Nenek meninggal dunia, saya sempat berbual-bual dengannya mengenai cerita kehilangan Nenek Ngah Som itu. Lagi pun Nenek tidak suka saya menuntut ilmu kebatinan dengan tidak berhati-hati kepada siapa berguru.

CAPTIVES OF THE NIGHT LORETTA CHASE PDF

Tok Awang Ngah (Berkelahi Dengan Syaitan)

Jelmaan Babi Boleh Bercakap Tatkala mencangkul di tanah belakan rumah terkejut hasan debeng apabila terdengar belukar seduduk berhampiran dirempuh kuat. Cepat-cepat dia berpaling menghadap ke arah belukar senduduk yang bergegar kuat. Bimbang juga hasan debeng kalau harimau kumbang menyusup disitu mencari mangsa,tentu geruh juga dia kalau tidak mencari tempat berlindung. Lainlah kalau ucu sidin memang kemahirannya sama macam arwah datuknya mail tagan boleh jinakkan harimau ganas di tengah hutan. Sudah beberapa kali orang kampung terserempak ucu sidin menghalau harimau belang balik semua ke hutan apabila menghendap kambing ternak di pinggir bukit.

BULUGH AL MARAM PDF

TOK AWANG NGAH - SIRI BERKELAHI DENGAN SYAITAN

Pemuja Ilmu Syaitan No trivia or quizzes yet. Each Berkelani is a 10 or 13 digit number. Refresh and try again. Allow this favorite library to be seen by others Keep this favorite library private. Finding libraries that hold this item An ISSN is a standardized international code which allows the identification of a serial publication.

CARPINTERI SCIENZA DELLE COSTRUZIONI PDF

Hantu Pontianak Tersesat Saya kesihan bukanlah disebabkan emaknya meninggal dunia, kerana perkara meninggal dunia adalah sudah ditentukan Allah. Tetapi saya kesihan kerana jenazah emaknya sebelum dikebumikan telah dicucukkan jarum pada kesemua jari tangan dan kakinya. Mengapa sampai begitu sangat mereka menyeksa mayat?

IEC 60169-1 PDF

Kegemarannya belajar ilmu-ilmu kebatinan tidak ada batasan. Disamping itu dia juga belajar ilmu pengasih supaya dirinya sentiasa dipandang kasih oleh siapa saja. Satu ketika sewaktu dia memasang rawai di sungai jauh ke hulu sedikit, dia tercium bau wangi. Kemudian terpandang olehnya seorang gadis berjuntai kaki ke air, duduk di atas perdu pokok kelepung.

Related Articles